Friday, 15 April 2011

Kempen Akhir Di Satok Dicemar Risalah Haram PBB, Dakwa AMK

KUCHING 15 APRIL :  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa proses kempen yang dijadual berakhir 12 tengah malam ini tercemar dengan beberapa jenis risalah haram memburukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, Shamsul berkata beliau percaya parti Pusaka Bumiputera Bumiputera (PBB) mendalangi kempen secara kotor tersebut berdasarkan pengakuan seorang juvana yang ditangkap di Masjid Kampung Datu 6.

Juvana bawah umur itu katanya, mengaku sekadar mengambil upah dari seorang pemimpin muda PBB untuk menyebarkan risalah haram tersebut.


"Saya ingin melahirkan rasa kesal pada PBB...seorang kanak-kanak pakai topi BN (mengaku) diupah edar risalah-risalah ini.

"(Risalah-risalah haram tersebut) tiada cap atau terbitan mana-mana, kita tidak pernah terbit benda-benda ini.

"Mereka (PBB) kata, (risalah-risalah haram) ini Keadilan yang buat....(saya tegaskan) jangan tuduh. Kalau ada bukti, sila buat laporan polis," ujarnya di Bilik Gerakan AMK Dun Satok.

Beliau percaya, sebaran risalah haram bertujuan untuk memburukkan imej calon PKR di Dun Satok, Ahmad Nazib Johari yang disaingi oleh pemimpin tertinggi PBB Abang Johari, iaitu Timbalan Pesiden PBB merangkap menteri kanan dalam pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Ahmad Nazib sendiri.

"Kita (AMK) lihat akhir-akhir ini banyak risalah fitnah oleh BN khususnya PBB...nampaknya mereka dalam keadaan terdesak," ujarnya.

Bahkan Ahmad Nazib yang juga Ketua AMK Sarawak turut tidak menolak kemungkinan bahawa kempen kotor itu demi memenangkan saingannya yang antara lain disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Melihat pada kempen kotor Barisan Nasional pada saat akhir tersebut, Shamsul turut memberi amaran kepada SPR supaya mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang mencemarkan proses pilihan raya negeri.

Dalam perkembangan yang lain, beliau turut menyeru pengundi muda, khususnya lebih 200,000 pengundi berdaftar di perantauan Semenanjung supaya pulang ke Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

7 comments:

  1. Bersabarlah menghadapi mehnah & tribulasi dari pihak lawan, kemenangan di pihak kita, AMEN!

    ReplyDelete
  2. Bukan kaa orang PKR pun main kotor ka? PKR kaa or BN kaa, 2 X 5. Tidak berperangai sivik langsung.

    Saya ada nampak orang PKR cabut poster BN.

    Saya dulu support PKR, tapi bila saya tengok orang PKR berperangai macam BN, malas saya nak support siapa2.

    PKR dan BN tak dapat kaa berkempen secara sivil.

    ReplyDelete
  3. Aii.. bukan Ahmad Nazib hina Abang Jo dgn guna ayat dari Raja Lawak ka? Nee dak dipanggil orang politik kampung.

    Dolok SNAP bertanding dgn Abang Jo, sidak ya hormat ngan Abg Jo kerana nya orang paling jujur dlm Parti BN.

    Mun kita hormat dgn orang lawan kita, orang lain akan hormat kitak balit. Tok Ahmad Nazib pandey hina2 Abang Jo sik tentu pasal.

    ReplyDelete
  4. coba tangga tok.
    http://rajahbinai.blogspot.com/2011/04/gosip-terhangat-melanda-di-pasaran.html

    ReplyDelete
  5. yarabbi PBB juak kenak,pahal kitak orang molah sidang media insted u shud go lodge a police report.bukankah tindakan ktkorg tok menunjukkan ktkorg just mok nunjuk popular?ktkorg yang sebenarnya terdesak mok dapat undian,aku x heran pkr dirikmpun sanggup molah macam tok semata-mata mok meraih simpati?Ahmad nazib bukan pemimpin yang kami cari

    ReplyDelete
  6. Dissappointed PKR Supporter15 April 2011 at 20:04

    Ahmad Nazib mencerai isteri kedua nya kerana POLITIK!!! JAHAT KAMU AHMAD NAZIB.

    http://rajahbinai.blogspot.com/2011/04/gosip-terhangat-melanda-di-pasaran.html

    ADA GAMBAR KAMU MASUK CINCIN DGN BEKAS ISTERI KEDUA KAMU!!

    AHMAD NAZIB!! BERTANGGUNGJAWABLAA. SAMPAI HATI KAMU CERAI ISTERI KEDUA KAMU YG SUDAH ADA ANAK SATU!!

    DAH KAWIN LARI. NANG LAA SIK HORMAT MERTUA ISTERI KEDUA KTK YA!!

    NAMA JAK BELAJAR DARI UIA!!!! PKR!! CARIK CALON LAIN JAKK!!

    ReplyDelete
  7. http://rajahbinai.blogspot.com/2011/04/gosip-terhangat-melanda-di-pasaran.html

    Gambar ni saya tengok, isteri kedua kamu sudah bunting. Besar perut dia.

    Tak berhati perut kamu ni. Isteri pertama ditipu. Isteri kedua sudah melahir anak kamu diceraikan.

    Sudah seorang penguam syari'e. Sepatut isteri dilindungi tapi ditinggal mentah2.

    ReplyDelete